Gagasan 1 Malaysia





Pada 19 Julai 2011,berlangsung satu seminar yang diadakan oleh Biro Tatanegara bersama Kolej Komuniti YPJ Johor Bahru.Acara berlangsung di dewan Kolej Islam Johor bermula jam 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari.Seramai 170 pelajar terlibat dalam seminar motivasi ini.Tajuk seminar ini ialah Gagasan 1 Malaysia.
Banyak pengetahuan dan penerangan yang diberikan tentang kongsi kuasa dan hak kaum Melayu,Cina dan India bagi mewujudkan negara Malaysia pada 1957 dahulu.Kesimpulanya ada pihak yang cuba melagakan semua kaum di Malaysia dan menghuru harakan negara Malaysia.Jangan ada pelajar yang terpengaruh dengan dakyah songsang pihak tertentu.Jangan kita musnahkan kemakmuran yang sedang kita kecapi ini dengan huru hara dan nanti kita berperang sesama sendiri dan akan mati kebuluran.