Laluan Kemahiran
- Di Kolej ini kursus Juruteknik elektrik ialah satu kursus yang berkaitan elektrik iaitu Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) tahap 2 dan 3.
- Tahap 2 voltan 1 fasa 230volt manakala tahap 3 voltan 3 fasa 400volt.
- Jika lulus ketiga-tiga tahap layak untuk menyambung pelajaran iaitu diploma kemahiran ke tahap 4 dan 5 di institusi kerajaan yang ada seperti ADTEC.
Syarat Kemasukan
- Tamat tingkatan 5 atau berumur 16 tahun ke atas
- Tempoh Pengajian 2 tahun
- 10 bulan bagi setiap tahap 2&2 manakala 12 bulan bagi tahap 3, termasuk latihan industri selama 6 bulan(tahap 3).
Prospek kerjaya
- Layak untuk menjadi "line technician"atau "maintenance technician" di sektor pekilangan.
- Layak untuk menjadi pendawai 1 fasa & 3 fasa di sektor pekerjaan kontraktor elektrik.
- Layak dipertimbangkan untuk mendapat sijil kekompetenan PW1 dari Suruhanjaya Tenaga.
- Berpengetahuan untuk kerja-kerja selenggara dalam bidang elektrikal di rumah sendiri.